Isnin lepas banyak mengajar gua erti 'kerja semata-mata'. Mungkin banyak yang tersirat dengan ayat tak berapa nak habis gua tu tapi disebaliknya terterai pengertian yang bermakna buat gua. Ceramah panjang oleh Senior IT gua sedikit sebanyak menyedarkan perihal kerja semata-mata yang statik dan langsung tak kemana. Berbuih mulut si penceramah tak ubah macam Menteri Belia & Sukan si Shabery Cheek. Mungkin ianya dilihat menjijikkan tapi pada dasar yang sedap dilihat ialah kesungguhan penceritaan oleh si penceramah. Terungkai keikhlasan dan ketelusan dalam mengubah anak melayu mcm gua ni yang masih lagi cetek pengalaman.... walaupun pada hakikatnya....penceramah berbangsa cina.
-
-
Kagum....Ayat yang pertama gua boleh ungkapkan. Tempat kerja gua yang majoritinya berbangsa cina tak sedikit pun mendatangkan masalah besar dalam proses gua menyesuaikan diri. Melihat bangsa lain ingin memajukan bangsa lain mungkin satu yang 'rare' di tempat kerja sebigini, tapi itulah hakikatnya. So sekarang tepulang kepada si pendengar menerima seadanya untuk tidak hanya 'kerja semata-mata'.
Top 10 IT skills in demand:
1) Project Management
2) Security
3) Network Administration
4) Virtualization
5) Business Analysis
6) Business Process Improvement
7) Web Development
8) Database Management
9) Windows Administration
10) Desktop Support
Bile la gua nak sampai list atas sekali:(